Pertama kali melangkah ke bidang ini, saya mendapat bimbingan dari Kak.Yan yang begitu berpengalaman dan dikenali ramai pada tahun 80-90an... selepas itu saya mengikuti kursus di Fidz Make-Over untuk menambah kan lagi ilmu...
Ternyata bidang ini sentiasa ada perubahan mengikut trend. Jadi untuk meningkatkan skills, saya kemudian menyertai Norjuma Class... tidak cukup dengan itu saya juga menyertai kursus bersama Emma Mustapha (professional make-up artist & official make-up artist for Shu Uemura product)...dan yang terbaru secara personal mendapat bimbingan dari Nazliman..
Majalah serta buku sentiasa menjadi rujukan bagi meningkat kan lagi hasil kerja saya mengikut teknik dan trend masa kini...
Moto saya adalah untuk memuaskan hati pelanggan dan memberikan mereka kenangan manis dan keyakinan diri untuk hari-hari yang diraikan...


